Thursday, June 2, 2011

TAUHID (TAWHEED)

DEFINISI TAUHID

Tauhid adalah mengesakan Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ibadat dengan mengarahkan ibadat tersebut semata-mata kepadaNya sahaja dan tidak mensyirikkanNya (menyekutukanNya) dengan sesuatu.

Ia merupakan dakwah/seruan semua para nabi dan rasul walaupun terdapat perbezaan syari'at mereka masing-masing. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam Surah al-Anbiya' ayat 25 yg bermaksud,

" Tiada Kami utuskan sebelum kamu seorang Rasul itu melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak diabdikan) melainkan Aku, maka berabdilah kepada Aku "

Sumber: Ismail bin Omar (1999) Manhaj Aqidah Ahli As-Sunnah wal Jamaah, Cetakan Kedua, Access Infotech (M) Sdn Bhd., Selangor.